Wednesday, 30 July 2014

Kebahagiaan itu ..

BAHAGIA ITU SEDERHANA.  
       
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih mpunyai keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih ada suami.
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
Merasa letih mangasuh dan melayan karenah anak2 , itu bererti aku mempunyai zuriat.
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tetamu di rumah, itu bererti aku punya teman dan rakan.
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup...terlebih kdg2
Mencuci dan menyetrika kain baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
Mendapatkan rakan kerja/bisnes yang menguntungkan menandakan karier/bisnes ku masih bergerak dan hidup.
Mendapatkan banyak komplain dari customer kita menandakan bahwa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.
Mendengar nyanyian suara yang merdu, itu bererti aku masih boleh mendengar.
Mendengar bunyi jam alarm di pagi hari, itu bererti aku masih hidup...
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.
Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku.
Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya .
Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.
Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Ameen....

No comments:

Post a Comment